Lia’s Cookies

 

Cookies Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Lupa Tentang Nasi!

Kerana Ianya Sangat Rangup,Kaya dengan Chocolate Chip dan Kacang.

“Every Bite Makes You Want More “

Assalammualaikum

IMG_4855

   Saya, Nur Liyana Bt Muhamad Nazir atau lebih mesra dengan panggilan Lia. Saya menetap di Subang Jaya Selangor. Saya memulakan perniagaan secara offline secara kecil-kecilan pada April 2015.

Chocolate Chip Cookies satu nama yang tidak asing lagi kepada penggemarnya tidak kira golongan kanak-kanak mahupun dewasa, amat menyukainya. Kudapan ringan yang sangat popular sejak dari dulu lagi.

 

Kebiasaannya chocolate chip cookies dapat dinikmati pada musim perayaan saja. KIni chocolate chip cookies dapat dinikmati pada bila-bila masa, dan ia juge sesuai dijadikan hantaran pada majlis pertunangan atau perkahwinan, doorgift pelbagai majlis serta sesuai juga dijadikan penyeri dalam gubahan hamper.

 

 

 

Kenapa Chocolate Chip Cookies kami menjadi Pilihan ?

 

 

 

 

Sebelum memulakan perniagaan saya berkhidmat di sektor swasta dalam bidang perbankan. Pada November 2014 suami saya telah terlibat dalam kemalangan, yang menyebabkan saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suami saya selama 9 bulan.

 

Selepas suami saya pulih dari kemalangan, saya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu dengan menjual jem tart dan chocolate chip cookies. Saya mula menjual kepada rakan-rakan pejabat suami, rakan-rakan saya dan juge saudara-mara. Alhamdulillah semua rakan-rakan dan saudara-mara memberi feedback yang positif dan order mula bertambah.

 

Mula dari situlah saya menjalankan perniagaaan online secara serius serta sepenuh masa. Pada Ogos 2015 saya mendaftarkan perniagaan saya dengan SSM atas nama Lia RichSuccess Trading ( 002461936-A ). Selain daripada perniagaan berasaskan “ baking / bakery “ saya juga menjual tudung , collagen dan agent takaful. Segala aktiviti perniagaan online yang dijalankan adalah melalui Facebook Page , Lia’s Tart & Cookies Expert dan website liascookies.com

 

Alhamdulillah sambutan amat menggalakan terutamanya di setiap musim perayaan, Hari Raya, Depavali, Tahun Baru Cina dan Christmas. Harapan dan doa saya adalah ingin memiliki dan membuka sebuah kilang sendiri agar dapat mengembangkan lagi perniagaan saya dan memberi peluang pekerjaan , membantu dan membimbing orang yang berminat untuk berniaga.